Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Friday, April 29, 2011

must read!

Bismillahirrahmanirrahim

Islam itu agama yang syumul.ma makna syumul?Syumul bermaksud lengkap dan menyeluruh,Islam ialah ad Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah , syariah dan akhlak.Tapi apa yg kte dapat lihat pd zaman sekarang ni Islam dipisahkan drpd cara hidup sedangkan hakikatnya Islam itu sendiri adalah cara hidup kita sebagai seorg muslim.Kte selalu cakap Islam is the way of life.tapi betul ke kita amalkan?Tepuk dada tanya iman..Zaman sekarang ni kte tak sedar yg kte sebenarnya sedang mengamalkan sekularisme.satu fahaman yg datangnya dari manusia.yang bersifat ingin menjatuhkan umat Islam dlm keadaan kte tak sedar!kte dijajah dari segi pemikiran atau lebih tepat,ghazwul fikr..Sedarkah kte?Nah saya bg anda contoh terbaik,negara Malaysia yang kte banggakan dan dok puja2 melangit.Cakap je negara Islam tapi tak amalkan hukum2 Islam.Ini ke yang kte nak?Bukannya nak kutuk negara sendiri tapi ini hakikat.Saya bangga mnjadi anak Malaysia.Negara yang aman dan makmur.Negara yang semakin maju.tapi kalau setakat negara je maju,akhlak rakyat runtuh buat apa?Gejala sosial semakin berleluasa.Rasuah pulak tak payah nak cakap la.Fitnah pun sama.semakin berleluasa.Kenapa jadi camni?Puncanya tak nak amalkan Islam secara keseluruhan.Kalau dulu Islam pada zaman Rasulullah saw dan para sahabat serta salafus soleh dulu betul2 ”pure”.Islam yg suci putih bersih.tiada satu pun tompok hitam yang mengotori Islam itu.tidak seperti sekarang.Islam dicampuradukkan..apa yang rasa sesuai dengan kita, kita ambil.yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, kita buang.Islam kita dipandu oleh akal dan nafsu.. bukan wahyu,bukan AlQuran dan Sunnah.Fikir fikirkanlah masalah ummah hari ini.Dalam satu riwayat Imam Syafie rahimahullah dikatakan tidak tidur malam kerana memikirkan masalah ummah trmasuk masalah perpecahan ummah di zamannya meskipun institusi khalifah masih berjalan dan syariat Islam masih tertegak..Sedangkan kte di zmn sekarang?Sistem khalifah dan syariat Islam sudah lama tumbang.Kte memerlukan ummah yg memikirkan masalah2 ni.Ayuh sahabat2.Jangan biarkan hari kte berlalu tanpa memikirkan masalah umat Islam!Ingatlah firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]






ps:sekadar pandangan dan luahan penulis.penulis juga bukanlah seorg yg sempurna.dlm proses pembaikan dri.salam ukhuwah ^^) jom same2 dgr ceramah ustaz azhar idrus!moga beroleh manfaat.

No comments:

Post a Comment