Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, August 20, 2011

A Good News.Alhamdulillah =)

SELAWAT DAN SALAM KE ATS JUNJUNGAN MULIA RASULULLAH SAW,KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT.


SIBUK
SALAM'ALAIKUM.SNGATLAH LAMA TAK UPDATE BLOG NI :) RINDU SGT UTK BRKONGSI SSUATU DI SINI.HANYA SEMPAT COPY DAN PASTE.ITULAH KERJA SY BG MEMASTIKN BLOG NI XTERUS DIPENUHI SESAWANG..KSIBUKN DGN TANGGUNGJWB YG SEMAKIN BRTAMBAH.hoho.bajet byk tggunjwb >.< TANGGUNGJWB SBG ANAK,KAKAK,ADIK,SAHABAT DAN PEKERJA..PEKERJA??pekrja sementara dimana sy bkerja tak sampai sebulan =.= TAK BERBALOI DGN CUTI PANJANG SELAMA 5BLN+/-


CUTI PANJANG.
MEMANG CUTI KALI NI SGT PANJANG..byk merungut pulak kan =.= MEMANG DUDUK RUMAH JELA.KALU DIIZINKAN MA DAN ABAH,DAPATLAH JUGAK P MAJLIS2 ILMU..ade yg mereka izinkn dan ade jugak yg tak diizinkan,,sedih ;( DAH NAME PUN CUTI PANJANG KAN,ANAK2 GADIS MEMANG PERLU AMEK KSEMPATAN BELAJAR MEMASAK.sy pun tak trkecuali..tp kdg2 tu salin resepi beriya2 tp buatnya??hehe.APA YG PENTING BANYAK BENDA DAPAT BELAJAR SEPANJANG CUTI NI.TAMBAH2 ADE AHLI KELUARGA BARU,ABG IPAR SY NI TERER BAB2 MEMASAK NI.SO,SECARA XSENGAJA DPTLA TAU CKET SEBANYAK RAHSIA.


RAHSIA ?
RAHSIA APA AGAKNYA???DAH NAME PUN PANDAI MASAK.MESTILA RAHSIA MASAKAN =.= rahsia masakan terengganu.OK.KALAU NAK TAU,BELIAU NI SGTLA SUKA MASUK DAPUR,HEHE.BERTUAHLA KAN KAKLONG.dapat suami serba boleh.DOAKANLA MEREKA BERDUA NI KEKAL BERSAMA SELAMANYA.bercinta sampai ke syurga.ameen


KEKAL.
ORG CAKAP PASANGAN TU AKAN KEKAL KALAU DAH ADA ANAK.TAMBAH2 LAGI KALAU ANAK TU MEMG MUKA SEBIJIK MCM PARENTS.hehe.tipula kalu ckp sebijik kan.MAKSUD SY KLU ORG TGK MUKA ANAK TU,DY AKAN CAKAP."OH,MEMANG SALING TAK TUMPAH CM MUKA AYAH/MAK DIA.ENTAH BETUL ENTAH TAK..emm,ni org cakap la tp sohih ke tak,tak tahula. =.= TAPI YG PENTING ADE GOOD NEWS.


 A GOOD NEWS?
YUP.SATU BERITA GEMBIRA SBB TAK LAMA LAGI AKN JADI MAKCIK.FIRST TIME KOT.RASA SNGT BERSYUKUR,DAH LAMA DAH NANTIKAN SAAT NI.HEHE.ALHAMDULILLAH,DOA DIMAKBULKAN ALLAH SWT.sebelum ni memang nak sgt anak sedara.SAMPAI BYK KALI TANYE KAKLONG,,BILA NAK DPT ANAK SEDARA NI??THEN BELIAU CKP,DOALA BYK2 SUPAYA MURAH REZEKI.TMBAH2 DI BLN RAMADHAN.MUSTAJAB :) itulah good news yg sy nk btau.kata org,bila rasa gembira kena kongsi kegembiraan tu :)


DOA
LASTLY,MOHN DOA KALIAN AGR SEGALANYA BRJLN LNCAR.SMOGA KAKAK N ABG MMPEROLEHI ZURIAT YG SOLEH DAN SOLEHAH.AMEEN.SEMUA ORG NAK ANAK PANDAI,CANTIK/HENSEM,SOLEH/SOLEHAH,TAAT.JADI DGN MEMBACA SURAH2 INI,INSYAALLAH,ALLAH AKN KURNIAKAN ZURIAT YG SBEGITU KPD KITA.surah Yusuf-mhon anak cantik rupa dan akhlak.surah Luqman-mohon anak yg cerdik.surah Yasin-mhon ank yg teguh hati n xterpengaruh dgn maksiat.BAGI PARA IBU/BAKAL IBU AMALKAN surah Maryam-nhon memudahkan bersalin dan surah al Hujurat-mhon bykkan susu ibu.


WALLAHU'ALAM :)
*mood raye blom dtg, Allahummar zuqna lailatul qadr fi hazihis sanah wa fi kulli sanah.ameen


tgh imagine kaklong with her family real soon.baitul muslim :)






Friday, August 19, 2011

Petua Mencari Malam al-Qadar


(Petikan daripada Kitab Jauhar Al-Mauhub -Muka Surat 66 & 67 )

Assalammu'alaikum wbt.

Awal Ramadan tahun ini (1 Ramadan 1432H)  jatuh pada hari Isnin (1-Ogos-2011) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – malam Lailatul Qadar insya'Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Ahad, 28-Ogos-2011 malam Isnin)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - malam Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-21 (hari Sabtu, 20-Ogos-2011 malam Ahad)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.

Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi.

Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam  Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”


Wallahua'lam

*petua ni diambil dr page Darussyifa'. selamat beramal sahabat2.Allahummar zuqna lailatul qadr fi hazihis sanah wa fi kulli sanah.Selain itu,amalkan baca Ya Fattah sebanyak 71x kemudian baca surah Al-Insyirah dgn tgn kanan diletakkan di dada selepas sahaja solat subuh.Khasiat amalan ini adalah utk dibukakan Allah segala Rahsia2nya.sebagaimana yg terjadi ke ats Habib Ali al-Jufri yg dengar mayat dlm kubur jwb salam gurunya,Habib Umar Al-Hafiz.wallahu'alam~



Sunday, August 14, 2011

MUSLIMAT,ENGKAU MEMANG CANTIK ^^

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!