Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Friday, December 31, 2010

ahlan wasahlan 2011~



salam persahabatan semua!
wah..sungguh tak disangka 2010 dah pergi meninggalkan kita
kini tiba saatnya utk mengucapkan AHLAN WASAHLAN kepada tahun sterusnya iaitu 2011..
memori2 dan segala kenangan 2010..
samaada pahit,manis,masam,masin..
semuanya tetap terpahat dihati sy.
sudah tentu anda juga begitu bukan?
sedih,.sedih juga..namun kita ada misi yg perlu dilaksanakan
menjelang tahun baru 2011..
anda tahu apa misi itu??
jeng3..hohohoh


MISI UTAMA: TAJDID NIAT ANDA!


yesss..this is our mission!!!!!
anda perlu tajdidkan niat..
KENAPA PULAK NAK TAJDID2 NIAT??APE BENDA LAK TAJDID NIE?
oooohhhh lupa pulak..sy ingt anda dah tau..
manelah tahu pro arab kan?hehehe
meh sy terangkan..tajdid bermaksud perbaharui.
jadi apa yg sy sruh anda lakukan ialah perbaharui niat anda..
KENAPA PERLU PERBAHARUI NIAT PULAK TIME2 NEW YEAR NIE??
kerana,
ini berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW,
sesungguhnya setiap amalan itu perlulah dengan niat” – bukhari
Lihat sendiri pada awal hadith ini sendiri ..
Nabi Muhammad S.A.W telah pun mengajar kita bahawa setiap amalan kita itu mestilah dimulakan dengan niat,
mana mungkin sesuatu perkara itu yang kita lakukan tidak kita lakukan dengan niat yang tertentu.




apa sahaja yg kita lakukan mulakanlah dgn niat yg betul..
iaitu NIAT KERANA ALLAH SWT...
ayuh kita berubah ke arah yg lebih baik..ke arah MARDHOTILLAH..inshaallah.
sempana TAHUN BARU,pasanglah NIAT BARU di hati anda,
tanamkan AZAM BARU,
dan berubahlah kpd SEORANG YG BARU!
seorg yg lebih baik dr tahun sbelumnya..
Berazamlah utk mendekatkan diri kepada yg Maha Pencipta~
agar kita tergolong dlm ahli JannahNya~


okeylaah sahabat2..
sampai di sni sahaja untuk kali ini..
ingat pesanan sy,
TAJDID NIAT ANDA! TAJDID IMAN ANDA!!
semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan sentiasa memberi pertolongan kpd hamba yg hina seperti kita~
ape2pun tajdid niat tak semestinya dlakukan pd thn baru..
namun apa salahnya kita mulakn tahun 2011 ini dgn matlamat yg jelas
betul tak?? :)
nah,sedikit coretan buat anda,si pembaca setia :)


Bersihkan hatimu dan hatiku

Perbaharui niat kotor dalam qalbumu.

Wahai insan yang bergelar manusia

Yang sentiasa leka dan alpa

Serta lupa akan nikmatNya

Sesiapa sahaja lebih gemar akan dunia

Hingga lupa akan kehidupan yang kekal di sana.

Justeru, kembalilah pada Yang Esa

Pasakkan niat dan teguhkan bersama

Langkah tarbiyah dengan lafaz Bismillah.



akhir kalam,SELAMAT TINGGAL 2010,AHLAN WASAHLAN 2011!
SIIRU'ALA BAROKATILLAH~


























Thursday, December 30, 2010

da'ie kah aku?



bertemu kmbali :)
salam muhibbah.salam ksih sayang,salam kemsraan.salam persahabatan :)
same je sume.hoho.lebih kurang je ~
okeylah topik kali yg sy nk tulis agk srius mmndgkn kte sume ada tggungjwb ni....
mgkin sahabat2 tertanya-tanya.,
tggunjwb ape ea????
ayuh sy jelasssssskaaaannnn....


DA'IE.


satu prkataan yg tampak mudah namun tersirat amanah yg besar.
tahu ke sahabat2 ape kobondo eh da'ie ni.?.sjenis kueh ke? tak pon kek or roti..
hehehehe,sebelum mmberi makna.
elok sy jelaskn sedikit.
'amar maaruf nahi mungkar'
yessss,,thats it..the responsible of being da'ie..
maksud dy MENGAJAK KPD KEBAIKAN AND MENCEGAH KEMUNGKARAN.
da'ie ialah
“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada
lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.” (Al-Ahzab 39)

jelas tak??abes tu..aku ni da'ie ke tak??mesti anda terpikir2 kan..
betul ke aku ni da'ie?
macam tak je *_*
terpulang pada anda utk mnilai dri.. 
yup..itu jawapan sy..knape ye??
sebab anda wajib menyampaikan..
anda adalah pendakwah.
DAKWAH, ialah menyeru, mengajak manusia kepada ALLAH, mengAJAK manusia kepada yg MA'RUF, mengAJAK manusia keluar dari yg MUNGKAR, mengAJAK manusia utk beriman kepada ALLAH.
seorg pendakwah prlu melakukan amar maaruf nahi mungkar..
wajib.
 tapi anda buat ke smua tu??
anda sedar tak apa tggungjwb anda kat ats muka bumi Allah ni?
Astargfirullah al azim
ayuh kita muhasabah diri ~


seorg da'ie yg baik mempunyai matlamat yg jelas.
Allah tidak menciptakan diri kita hanya untuk bermain-main sahaja tetapi mempunyai matlamat yang perlu diusahakan oleh kita agar tujuan Allah menciptakan diri kita di dunia ini dapat dicapai oleh kita.
tapi ramai yg salah paham 
bagi mereka
berdakwah hanyalah bg mereka yg brgelar pndakwah..
semua tu SALAHHHHHH!!
Tanggung jawab brdakwah ini tergalas di bahu ssiapa sahaja tak kira anda seorang doktor,
guru,petani,tukang sapu,peniaga warung,jutawan atau siapapun..

asalkan anda beragama islam
secara outomatik anda menjawat jawatan sbagai pndakwah.
Brdakwah sepatutnya dilakukan scara spenuh masa.

Brdakwahlah mengikut kemampuan
dan keupayaan masing masing selagi ada kesempatan menyampaikan ajaran agama.

bukan smpaikan scara lisan je.byk lg caranya
salah satunya mlalui penulisan ^^)


ni pulak sifat2 pendakwah atau kata lain da'ie
LEMAH LEMBUT PADA MANUSIA....mmpermudahkan dan tak menyusahkan.membawa berita gembira bukan menakutkan.
dan dikenali manusia kerana akhlaknya yang baik.

ISTIQAMAH....dalam berdakwah dan melakukan perubahan.Menyajikan ilmu secara berterusan.Menyelesaikan urusan
satu demi satu dan masalah demi masalah.

ZUHUD...terhadap segala yang ada di tangan.Mengharap hanya kepada ALLAH SWT.Tidak suka dipuji .Menjauhi sifat simbong
dimuka bumi dan tidak mengharap kecuali reda daripada ALLAH SWT.

BERPEGANG TEGUH KEPADA ALQURAN DAN HADIS....menjauhi bidaah,sentiasa berlapang dada, mudah berurusan denganya
wajahnya berseri seri serta memiliki rasa malu.

MEMILIKI AKAL YANG CERDAS,BERTERUSAN MENAMBAH ILMU dan mempratikkanya,terpancar keikhlasan dalam tutur kata dan
perbuatan dn tidak melukakan hati orang lain.



satu je perkara yg sy tak puas hati..
ada org yg mggelarkan dri da'ie tp takde pun sifat2 yg dsebut
seorg da'ie prlulah sntiasa menjaga hati mad'u.
agar seng kerja2 mnyampaikan..
ada tu..kalau kat halaqah dy lah yg paling mesra
tp bila brselisih bahu senyum pn takde.
muka asyik muncung sedepa~
ini mnyebabkn mad'u brsgka bruk dgn anda.
apa2pun same2lah kita improve dri.
sy sedar dri kita ni tak sempurna
namun apa salahnya kita muhasabah balek..kan?kan?
agar proses dkwah brjln lncr.Insyaallah :)


okaylaah sahabat2.
ini je yg dapat sy share utk kali ni
sama2 amek ibrah ye ^^)
ingatlah sahabat2,

Manusia mempunyai hak untuk melakukan kebaikan dan keburukan. Tetapi, setiap perbuatan ada pembalasan.
“ Tiada paksaan di dalam agama, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan jalan yang sesat…” Surah Al-Baqarah ayat 256.
semoga saya,anda,kita dan semua dpt mnjalankan amanah Allah dgn sebaiknya.
LETS BE A GOOD DA'IE!Insyaallah,assalamualaikum.









Wednesday, December 29, 2010

KENAPA SIIH KAMU TIDAK MAHU PACARAN,..???

Bismillahirrahmanirrahim
Salam'alaik..
Ape khabar hati and iman hari ni?
Semoga Allah sentiasa mmbrkati dan mrahmati kita and membantu kita untuk terus Istiqamah di jalan-NYA ini, InsyaAllah...
Allahuma ameen.

Niat di hati nak share satu kisah bersama sahabat2 ^^)
pengisian dlm bahasa indonesia tp insyaallah sama2 kita amek ibrah/pengajarannya~


=== ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ===


KENAPA SIIH KAMU TIDAK MAHU PACARAN,..???

Pertanyaan inilah yg selalu dilontarkan oleh teman-teman wanita Fatimah.

Mereka sungguh merasa heran dengan Fatimah, yANg belum punya pacar padahal umur Fatimah sudah lebih dari sweet seventeen. Rata-rata hampir semua teman Fatimah sudah memiliki pacar, yang kata mereka pacaran itu indah bangat , serasa dunia milik berdua (waduhh..!). Diantara teman-teman Fatimah pun ada yang berjilbab (jilbab versi masa kini) dan sudah memiliki pacar.

Meraka juga terheran-heran sama Fatimah. Kenapa demikian karena Fatimah termasuk gadis yang paling cantik dan manis diantara mereka. Aura kecantikan Fatimah begitu memikat mereka , padahal Fatimah masih menggunakan hijab (pakaian longgar yg menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan). Pernah suatu saat teman-teman wanita Fatimah datang ke rumah Fatimah untuk mengerjakan tugas kelompok. Kebetulan waktu itu Fatimah sedang mau mengerjakan sholat Zuhur, karena semua teman-temanya Fatimah adalah wanita. Fatimah tidak merasa khawatir untuk membuka Hijabnya untuk keperluan wudhu, sehingga nampaklah rambut indah serta leher Fatimah. Saat itu teman-teman wanita Fatimah melihat Fatimah tidak memakai penutup kepala dan rambut serta lehernya kelihatan, mereka semua terpana bahkan salah seorang berteriak histeris : Wooww Imah kamu cantik sekali ..!. Fatimah tersenyum mendengar teriakan keterpesonaan temannya itu. Salah satu temannya berkata: “ Imah kamu tidak kalah sama pemain sinetron yang cantik itu, itu lo si Bella..?! ”. Fatimah membalas : “ si Bella siapa ya..? ”. Salah satu temannya heran: “ Aduh Imah kamu tidak tahu si bella , semua orang juga tahu lagi, dia pemain sinetron yang lagi naik daun lo ”. “ Maaf Imah gak pernah nonton sinetron ” balas Fatimah. Salah seorang dari mereka bercanda sambil nyindir : “ Makanya Imah jangan baca buku agama terus dong, bosan tau, sekali-kali nonton sinetron kek, ke club kek, nongkrong malam mingguan kek sama kita-kita, kan biar gaul gitu, kan malu nanti gak dibilang gaul , masak si Bella aja kagak kenal ”. Fatimah hanya tersenyum sedih dan dalam hatinya berkata : “ Ya Allah berilah petunjuk kepada teman-temanku ini ”.

Bukannya Fatimah tidak pernah memberikan nasehat kepada mereka bahkan sering . Namun mereka hanya tersenyum masam-masam aja seolah menganggap remeh nasehat dari Fatimah bahkan setelah diberi nasehat bukannya berterimakasih tetapi malah dibuat candaan . “ Iya bu ustadzah” kata seorang temannya saat itu (Astagafirulloh...). Bahkan yang lebih gila lagi ada seorang temannya , yang menganjurkan Fatimah untuk membuka hijabnya dan menganjurkan berpakaian ketat. Alasannya agar semua pria bisa melihat pesona kecantikan wajah Fatimah dan keseksian tubuh Fatimah. “ Eh Imah , kita-kita kan tau kamu cantik, full cantik, kalau boleh usul ni , itu jilbab dibuka saja. Berpakain kayak kita-kita gitu lo. Aku yakin para pria tampan dan ganteng akan datang ke Imah, untuk mendapatkan cinta Imah, kita-kita sebagai teman ikut bangga lo , barangkali aja kita-kita dapat keciprakan pria ganteng sisa-sisa dari Imah (sambil tertawa genit).. ” . Begitu kata salah seorang teman sekolah Fatimah. Tentu saja Fatimah yang tahu hukum bertabbaruj itu menolak dengan keras usulan tersebut.

Dalam kesendiriannya Fatimah berdoa agar Allah menunjuki atau memberi hidayah teman-temannya. Fatimah pernah dengar dari seorang temannya yang berpendapat. “ Imah kamu kan tahu aku ini pake jilbab juga, yah walau pun beda-beda dikit aja sama kamu, tapi aku pacaran juga, kan tidak ada salahnya punya pacar asalkan kita bisa menjaga diri kita ” . Begitu kata pendapat temannya.

Apakah dia tidak tahu bahwa islam sangat perhatian tentang menjaga hati. Islam tidak mengekang cinta seseorang karena itu sudah fitrah manusia berlainan jenis . Tetapi islam menganjurkan untuk mengikuti aturan yang ada. Aturan dari yang menciptakan cinta itu yaitu Allah. Mungkin pendapat temannya Fatimah itu benar bahwa mereka tidak melakukan apa-apa dan bisa jaga diri. Ok-lah anggap saja mereka tidak melakukan hubungan badan seperti suami isteri. Tetapi berkali-kali Fatimah menjelaskan ke teman-temannya bahwa zina itu bukan hanya hubungan badan diluar nikah tapi ada beberapa zina selain itu.

Kemudian Fatimah teringat bunyi hadist:

“ Ditetapkan atas anak Adam bagiannya dari zina, akan diperolehnya hal itu, tidak bisa tidak. Kedua mata itu berzina, zinanya dengan memandang. Kedua telinga itu berzina, zinanya dengan mendengarkan. Lisan itu berzina, zinanya dengan berbicara. Tangan itu berzina, zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina, zinanya dengan melangkah. Sementara itu, hati berkeinginan dan beranganangan sedangkan kemaluan yang membenarkan itu semua atau mendustakannya. ”

(H.R. Muslim: 2657, alBukhori: 6243).

Fatimah pernah membaca kitab dari Imam An Nawawi tentang penjelasan hadis diatas bahwasanya :

“ Pada anak Adam itu ditetapkan bagiannya dari zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina secara hakiki dengan memasukkan farji (kemaluan)nya ke dalam farji yang haram. Ada yang zinanya secara majazi (kiasan) dengan memandang wanita yang haram, mendengar perbuatan zina dan perkara yang mengantarkan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan di mana tangannya meraba wanita yang bukan mahromnya atau menciumnya, atau kakinya melangkah untuk menuju ke tempat berzina, atau melihat zina, atau menyentuh wanita yang bukan mahromnya, atau melakukan pembicaraan yang haram dengan wanita yang bukan mahromnya dan semisalnya, atau ia memikirkan dalam hatinya. Semuanya ini termasuk zina secara majazi.”

(Syarah Shohih Muslim: 16/156157).

Sambil bergumam dalam hati Fatimah hampir dapat memastikan bahwa adakah di antara mereka tatkala berpacaran dapat menjaga pandangan mata mereka dari melihat yang haram sedangkan memandang wanita ajnabiyyah (bukan mahrom) atau lak-ilaki ajnabi (bukan mahrom) termasuk perbuatan yang diharamkan?!.

Salah seorang teman Fatimah berkata bahwa mereka berpacaran untuk proses pengenalan sebalum menuju ke pernikahan . Mereka berpendapat : “ Bagaimana mungkin kita menikah tanpa pacaran terlebih dahulu tanpa mengenal masing-masing karekternya masing-masing. Gak mungkin dong ah ” . Betul islam juga menganjurkan untuk mengenal pasangannya masing-masing tetapi bukan dengan cara berpacaran. Fatimah juga teringat akan hadis nabi berikut ini :

" Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka tidak boleh baginya berkhalwat (bedua-duaan) dengan seorang wanita, sedangkan wanita itu tidak bersama mahramnya. Karena sesungguhnya yang ketiga di antara mereka adalah setan "

(HR.Ahmad)

Fatimah teringat akan kisah seorang sahabat yang datang kepada Rasul. Sahabat ini datang kepada Rasul untuk menyampaikan niatnya bahwa dia ingin menikah. Kemudian Rasululloh bertanya : “ Bagus , tapi apakah kamu sudah mengenali calon mu itu..??? ” . Kemudian si sahabat rasul ini menjawab : “ Belum ya Rasul.. ”. Selanjutnya rasul menyuruh dia agar terlebih dahulu mengenalinya. Artinya kita diwajibkan untuk mengenal pasangan kita terlebih dahulu (Ta’aruf) tapi bukan dengan pacaran melainkan dengan aturan yang ada.

Kemudian Fatimah juga teringat akan hadis berikut :

“ Sekalikali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahromnya. ”

(H.R. alBukhori: 1862, Muslim: 1338)

Pada dasarnya kita mengenal wanita yang ingin kita nikahi itu bisa melalui mahromnya wanita tersebut. Jadi bukan berdua-duan. Jika misalnya kita ingin meneliti akhlak si wanita tersebut tanpa sepengetahuannya kita boleh mengutus seseorang untuk menelitinya. Misalnya dengan temannya si mahrom wanita tersebut. Atau bisa juga memanfaatkan teknologi yang lagi ngetrend sekarang. Tukar biodatanya masing-masing via email. Juga bisa juga lewat chatting tetapi perlu diingat juga chatting disini bukan tidak ada batasnya. Dilarang chatting bebas artinya harus dalam rambu-rambu yang dibenarkan. Tidak boleh ada kata-kata maksiat atau yang lagi ngetren sekarang dengan menggunakan kata cinta-cintaan, sayang-sayangan dan sejenis itu. Chatting disini dilakukan semata-mata untuk mengenal si wanita tersebut. Saling tukar menukar informasi yang berguna ke proses penganalan tersebut dan tidak mengarah kepada maksiat juga tidak melalaikan serta mengotori hati.

Fatimah tidak mau menyalahkan sepenuhnya persepsi atau pandangan dari teman-temannya itu. Fatimah sadar bahwa yang mempengaruhi mereka adalah media-media ala barat , juga pergaulan ala barat yang banyak digemari sekarang ini. Fatimah menyadari bahwa acara-acara televisi sekarang mulai dari lagu-lagunya , filem-filemnya sampai sinetron-sinetronnya kebanyakan menyajikan cinta berlainan jenis. Dan cinta itu diwujudkan dengan pacaran dan mereka terjebak dalam lingkaran setan pergaulan seperti itu.

Fatimah dalam sholatnya dan dalam kesendiriannya hanya bisa berdoa : “ Ya Allah berilah hidayah kepada teman-teman hamba agar bisa merasakan, menikmati indahnya hasil menjaga hati, indahnya menjaga bagian tubuh ini dari hal-hal yang Engkau larang. Tangan ini hanya untuk dijalanMU , Mata ini hanya untuk melihat yg tidak Engkau larang dan segala anggota tubuh ini adalah amanah dariMU, yang engkau perintahkan untuk digunakan dijalanMU. Ya Allah berilah kenikmatan dan keinginan yang luar biasa, bagi hambaMU ini dan teman-teman hambaMU untuk selalu berada dijalanMU dan berilah kebencian yang luar biasa bagi hambaMU ini dan teman-teman hamba dari hal-hal yang Engkau larang. Sesungguhnya Engkau maha mendengar dan maha penyayang bagi hambaMU yang ikhlas memohon kepadaMU amin ya Allah ”.


Seraya meneteskan air mata begitulah doa singkat yang selalu di lafazkan oleh Fatimah dalam setiap sholatnya dan dalam kesendiriaannya.


===

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...Insyaallah~


MIGRAINE????betul ke ni??






salam'alaik shbt2
brtemu kmbali setelah bbrapa hari dri ini duji Allah dgn satu penyakit~
ye.PENYAKIT MIGRAINE.sahabat2 prnah dgr tak?dlu sy selalu dgr tp tak sngka dri sndiri mghidapi sakit migraine.memng sakit sgt kepala nie.tadela sampai mencucuk2 tp pening sgt kepala smpai tak boleh nk brdiri..
rasa mcm loya.nak muntah2 je keje.and pndgnku smakin kabur.alamatnye mmg kne pkai specs all the time laa.kalau tak pning kpale ni.Allah sahaja yg tahu btapa sakitnya T.T..tp nie bru ujian yg kecik kan?
rmai lagi org kat luar sane yg mnghidapi pnyakit yg lg brbahaya.kte yg bru di uji sekecik kuman ni bukan main mngeluh lagi tp mcm mane ngn shbat2 yg mnderita kat luar sane tp tak prnah mngeluh..ni sume sbb dri mreka dilatih dgn sifat sabar..ya shbt2..sesungguhnya Allah brsama dgn org2 yg sabar :)


Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)



Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dlm mslh2 dan ujian2. 
Sungguh bruntung skali mnjadi orang2 muk­min. Tatkala mndapat ujian ia akan ber­sabar maka sabarnya menjdi kebaikan baginya. Dan ketika mndapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya..Si­kap kita yang paling baik dlm hal ini ialah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.
"Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)
 jadi sahabat2,the moral of the story..brsabarlah dgn ktntuan Allah.sgalanya ada hikmah yg tak kte ktahui.ssungguhnya Allah Maha Mengetahui sgala ssuatu.ape2pun..doakn sy cepat sembuh ye sahabat2 :)
syukran ye :)

Friday, December 24, 2010

Nak buat Maksiat? boleh je dgn cara berikut.


"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."


Begitulah kata-kata Ibrahim bin Adham apabila diminta nasihat oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki itu kelihatan teruja dan bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan kamu makan rezekinya. Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


2Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya. Syarat ini membuat lelaki itu tergamam. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNyaLelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, nasihat apa yang kam beri ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita!" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


4. 
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku." "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


enti menangis....

“Enti menangis..?”

“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”

“Habis, mata enti berair?”

“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.

“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

 
“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

 
“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

 
“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

 
“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
………………………………………….

 
“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

 
“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkesima sendirian.
……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

 
“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

 
“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

 
“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

 
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

 
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

 
“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

 
‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”

“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”

“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

“Ustaz tidak main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”

“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
………………………………………….

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia . Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”
Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber CafĂ© yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :
“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel . Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

-TAMAT-

sumber: group remaja masjid ^^)