Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Friday, April 29, 2011

must read!

Bismillahirrahmanirrahim

Islam itu agama yang syumul.ma makna syumul?Syumul bermaksud lengkap dan menyeluruh,Islam ialah ad Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah , syariah dan akhlak.Tapi apa yg kte dapat lihat pd zaman sekarang ni Islam dipisahkan drpd cara hidup sedangkan hakikatnya Islam itu sendiri adalah cara hidup kita sebagai seorg muslim.Kte selalu cakap Islam is the way of life.tapi betul ke kita amalkan?Tepuk dada tanya iman..Zaman sekarang ni kte tak sedar yg kte sebenarnya sedang mengamalkan sekularisme.satu fahaman yg datangnya dari manusia.yang bersifat ingin menjatuhkan umat Islam dlm keadaan kte tak sedar!kte dijajah dari segi pemikiran atau lebih tepat,ghazwul fikr..Sedarkah kte?Nah saya bg anda contoh terbaik,negara Malaysia yang kte banggakan dan dok puja2 melangit.Cakap je negara Islam tapi tak amalkan hukum2 Islam.Ini ke yang kte nak?Bukannya nak kutuk negara sendiri tapi ini hakikat.Saya bangga mnjadi anak Malaysia.Negara yang aman dan makmur.Negara yang semakin maju.tapi kalau setakat negara je maju,akhlak rakyat runtuh buat apa?Gejala sosial semakin berleluasa.Rasuah pulak tak payah nak cakap la.Fitnah pun sama.semakin berleluasa.Kenapa jadi camni?Puncanya tak nak amalkan Islam secara keseluruhan.Kalau dulu Islam pada zaman Rasulullah saw dan para sahabat serta salafus soleh dulu betul2 ”pure”.Islam yg suci putih bersih.tiada satu pun tompok hitam yang mengotori Islam itu.tidak seperti sekarang.Islam dicampuradukkan..apa yang rasa sesuai dengan kita, kita ambil.yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, kita buang.Islam kita dipandu oleh akal dan nafsu.. bukan wahyu,bukan AlQuran dan Sunnah.Fikir fikirkanlah masalah ummah hari ini.Dalam satu riwayat Imam Syafie rahimahullah dikatakan tidak tidur malam kerana memikirkan masalah ummah trmasuk masalah perpecahan ummah di zamannya meskipun institusi khalifah masih berjalan dan syariat Islam masih tertegak..Sedangkan kte di zmn sekarang?Sistem khalifah dan syariat Islam sudah lama tumbang.Kte memerlukan ummah yg memikirkan masalah2 ni.Ayuh sahabat2.Jangan biarkan hari kte berlalu tanpa memikirkan masalah umat Islam!Ingatlah firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]






ps:sekadar pandangan dan luahan penulis.penulis juga bukanlah seorg yg sempurna.dlm proses pembaikan dri.salam ukhuwah ^^) jom same2 dgr ceramah ustaz azhar idrus!moga beroleh manfaat.

Wednesday, April 27, 2011

dia berubah

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur
Dia berubah
Itu yang ku harapkan
Moga dia istiqamah
Dan menjadi seorang yang lebih baik
Dia yang dulunya tak pernah kenal tikar sejadah
Kini mula membiasakan diri dengannya
Dia yang dulunya solat entah ke mana
Kini berlumba lumba di saf pertama
Dia bukan dia yang dulu lagi

Hidayah itu milik Allah
Hanya Dia yang layak memberi
Kepada sesiapa yang Dia kehendaki 
Maha Suci Allah..
Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Saturday, April 23, 2011

makhluk asing


Aisyah berada di tengah2 ibu kota Kuala Lumpur..
Inilah ibu kota yg dibangga banggakan....
Kota yg tak pernah lengang..
Kota yg hiruk pikuk..
Mata Aisyah berpinar2 seketika.
Mungkin pening dengan keadaan sekeliling..
Orang ramai seakan berlari2 mengejar masa..
Masing masing punyai destinasi tersendiri...

Aisyah juga begitu..
Dia megikut rentak orang ramai..
Kalau tidak pasti dia dirempuh orang.
Manakan sama di kota dan desa..
Langkah dihayun laju.tangannya laju menarik adik di sebelah agar tidak tertinggal di belakang.. 

*** 

Penat Aisyah masih berbaki,
Belum sempat menarik tudung,dia segera membaringkan diri..
Dia mahu merehatkan diri setelah sehari suntuk menemani adik ke ibu kota..
Saat mahu melelapkan mata..
Tiba tiba,dia teringat kata kata adiknya sebentar tadi,
"akak,kenapa ya orang di sekeliling asyik pandang kita?pelik ke baju yg adik pakai?"tanya adik sambil memandang diri sendiri yg dilitupi baju kurung yg agak longgar dan besar.
Otaknya ligat berputar..
Entah kenapa dia rasa asing di negara sendiri..
Negara yg dikatakan negara Islam tp hakikatnya??

Aisyah lantas bangun menghadap cermin yang tergantung di dinding..
Ditatap pakaian yg menutup litup tubuhnya.
Lengkap brbaju kurung bertudung labuh..
"emm..rasanya sudah menutup aurat..pakaian aku dah longgar..nak ckp nipis dan jarang takkanla kot..punyelaa tebal,sampai berpeluh2 aku pakai baju ni.dahtuu..tdung pun labuh.naseb tak cecah tanah je.kenapa ye orang still pandang??"Aisyah tertanya tanya.
Tiba2 Aisyah teringat kata kata kak Wardah,kakak yg mmimpin usrahnya setiap minggu..

***

"Permulaan Islam itu adalah dagang dan asing, bahkan ia akan kembali asing. Baginda saw bersabda :
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)"terang kak Wardah dgn panjang lebar.

***

Mungkinkah ini yg dimaksudkan asing?
Segala perbuatan dan pemakaian sunnah serta mengikut syariat dipandang aneh dan pelik..
Tetapi..
Budaya Barat yg menjadi kebiasaan..
Pakaian mereka dijadikan trend masakini..trend globalisasi..
Apa yg berlaku bg mereka mereka yg berpakaian sunnah Rasulullah SAW??
Mereka dipanggil kolot..mereka ketinggalan zaman..
Atau lebih tepat mereka MAKHLUK ASING..

Inilah hakikatnya..
Bukan omongan kosong semata mata..
Aisyah sedih dengan hakikat ini..
Yang paling menyedihkannya adalah negara sendiri..
Negara yg dikatakan negara Islam..

Aisyah mengesat air mata yg berguguran..
Sungguh dia rindukan Kekasih Allah..
Andai Rasulullah masih ada..pasti Baginda sedih dgn umatnya.
Dia bertekad..
Tanggungjawabnya belum selesai selagi Islam belum tertegak..
Allahuakbar! 


 


p/s: penulisan blog ni tadop kena mngena ngan sapa2 samaada masih hidup atau yg telah meninggal dunia.ini hanyalah luahan pendapat dan cetusan idea penulis sendiri..peace =) satu negara,satu ummah,satu akidah~

Saturday, April 16, 2011

layakkah aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

“Aku ingin mencintaimu dalam diam seperti cintanya Ali pada Fatimah dan cintanya Fatimah kepada Ali”

Ungkapan diatas membuatkanku melayang menuju masa yang masih tertutup tabirnya. Ke mana cintaku akan ku labuhkan. ^_^

Aku ingin dicintai seperti Rasulullah mencintai Khadijah, aku ingin dicintai selayaknya Ali mencintai Fatimah. Cinta yang tak terbahagi.Terlampau tinggi kah angan2ku?

Tapi keinginan itu membuatkanku menatap diriku, apakah aku semulia Khadijah hingga Rasulullah amat kasihkannya. Apakah aku semulia Fatimah hingga Ali begitu setia padanya?

Tidak sama sekali, aku tidak semulia khadijah ataupun fatimah. Tapi inilah aku, hanyalah manusia yang hina yang tidak punyai apa2..ku hanya ingin mencari keredhaanNya..

Kadang2 diriku terfikir, layakkah aku hingga berani menginginkan cinta seperti Rasulullah SAW dan Saidina Ali?

Yang kutahu ku amat mencintaimu..Namun cintaku padamu tidak melebihi cintaku padaNya dan pada utusanNya yg mulia..

Ku hanya mampu berdoa.biarpun dirimu tidak mengetahuinya namun sudah cukup hanya Dia dan diriku mengetahuinya

Andaikata sememangya drimu yang bakal bersama2 denganku di syurga firdausi,aku sangat bersyukur kpd Allah.

Andaikata kau diciptakan bukan untukku,aku redha dgn ketentuanNya.

Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu dan yang terbaik buatku..“..barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)


Dan sesungguhnya hatiku dan hati mu dipegang olehNya.dan kuserahkan semua urusan ini padaNya Sang Pembolak – Balik hati ^_^

Semoga tabir ini segera terbuka..Allahumma Ameen


mujahid idaman =)

Monday, April 11, 2011

tak tahu memasak?ish3

Bismillahirrahmanirrahim
 Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


 sumber:www.iluvislam.com

Friday, April 1, 2011

my abah my hero =)

Bismillahirrahmanirrahim

hari ni hari lahir abah.xsmpat nak wish pun lagi.
rindunya dekat abah..skang ni abah sakit kaki.
moga Allah sembuhkan sakit abah.kalu post kat cni pun bukannya abah bace pun.huhuhu..
tapi takpela sekadar kepuasan diri =) 
ssungguhnya jasa abah banyak tak ternilai..
dlm usaha mendidik anak2 dr kecik sampailaa da besar dah sume..
teringat dulu,mase kecik2 abah sangatla garang dan tegas.
kne marah cket je,ke toilet la jawapannya..
tapi sekarang abah dah tak macam tu.abah sgt penyayang..
bile dah besar ni,abah banyak brtolak ansur ngan anak2 =) 
dulu masa kecik2 selalu tak paham knape abah selalu takde kat umah..rupa2nya abah keluar jln Allah =) sekarang kami semua dah paham..bangga dapat jd anak abah.alhamdulillah..
sebab abah jugaklaa,sy adalah sy sekarang.semoga abg and adik2 yg laki dpt turut jejak lngkah abah..
sempena hari kelahiran abah,anak abah ni doakan yg terbaik bwt abah.
semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik bwt abah..
semoga Allah murahkan rezeki abah.
semoga abah bahagia dunia dan akhirat..
Insyaallah,sy akan berusaha jd anak yg baik bwt abah.
SELAMAT HARI LAHIR ABAH! BARAKALLAHUFIK!