Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, February 26, 2011

sebuah renungan

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw,keluarga Baginda serta para sahabat

Sahabat fillah yg dikasihi  Allah...
Dunia itu hanyalah bayangan yang tidak lama lagi akan hilang.
Dunia hanyalah setitis air bila dibandingkan lautan luas tak bertepi.
Sebanyak apapun yang engkau rengkuh di dunia ini,
 Maka ia hanya setitis dari lautan luas di bumi.

Oh tidak, bahkan kurang dari setitis.
Kerana setitis itu adalah untuk dunia seluruhnya,
Sementara engkau tak memiliki dunia seluruhnya.
Celakalah engkau yang menyangka dunia ini adalah segala-galanya.
Sehingga kita mengorbankan apa saja untuk mendaptkannya.

Ingatlah, dunia yang kita lihat gemerlap ini
Hanya bayangan...
Hanya setitis air...
Hanya beberapa nafas...
Hanya beberapa tahun...

Dan setelah itu...
Kita akan memasuki gerbang keabadian.
Di sana hanya amalanmu...
Yang berguna untuk menggapai kebahagiaan.
Menuju syurga yang dijanjikan...

Yang kenikmatannya...
Tak pernah disaksikan oleh pandangan mata siapapun,
Tak pernah didengarkan oleh telinga siapapun jua,
Dan tak pernah terdetik dalam fikiran dan hati makhluk manapun.
Tapi, di sinilah, di dunia inilah kita menyemainya.

Dunia ini adalah ladang akhiratmu.
Di sinilah sumber kebahagiaan dan keberuntunganmu di akhirat.
Hanya di sini kita diizinkan oleh-Nya...
Untuk mengumpulkan bekal yang menguntungkanmu di sana.
Kalau saja kita tahu,
Dunia inilah yang selalu menjadi angan-angan...
Para penduduk Syurga dan Neraka untuk kembali ke dunia.

Tentang penghuni syurga yang mengangankan kembali ke dunia,

‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu ‘anhu meriwayatkan :

“ Sesungguhnya para syuhada’ itu bagaikan burung-burung hijau yang lepas bebas di syurga ke mana saja ia mahu. Kemudian ia akan kembali pada pelita-pelita yang bergantungan di ‘arsy. Dan ketika mereka berada dalam keadaan seperti itu, muncullah Rabb mereka di hadapan mereka seraya berkata : “Wahai hamba-hambaKu, mintalah kepadaKu apa saja yang kalian inginkan !”.

Mereka pun berkata : “Wahai Rabb kami ! Kami meminta padaMu agar Engkau mengembalikan ruh kami ke dalam jasad kami, lalu Engkau kembalikan kami ke dunia hingga kami dibunuh sekali lagi di sana (di jalanMu).”
Maka tatkala Allah melihat bahawa mereka tidak meminta selain hal itu, Dia pun meninggalkan mereka.” ( HR. Muslim)

Allah Ta’ala berfirman tentang penghuni Neraka :

“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata : “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman”, (tentulah engkau –Muhammad- akan melihat suatu peristiwa yang memilukan.” (QS. 6 : 27)

Dalam ayat lain dikatakan :

“Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berbeza dengan dahulu telah kami kerjakan.” (QS. 35 : 37)

Sungguh jauh perbezaan antara kedua angan-angan itu.
Sama-sama berangan untuk kembali demi melakukan amal soleh.
Namun yang satu kerana merasakan dahsyatnya seksa neraka,
Sementara yang lain kerana telah merasakan ni’mat yang tiada tiara.

Ada baiknya kita yang masih di dunia,
Membayangkan kenikmatan syurga ...
Agar lebih berusaha keras untuk melaksanakan perintah-Nya
Dan beramal sunnah untuk menaikkan darjat di syurga.

Juga membayangkan dasyatnya seksa neraka...
Agar lebih berusaha keras menjauhi dosa larangan-Nya
Dan menjauhi sesuatu yang sia-sia.

Seorang salaf bernama Ibrahim At Taimy rahimahullah pernah mengatakan :

“Aku membayangkan diriku berada di dalam syurga, memakan buah-buahnya, memeluk bidadari-bidadarinya yang perawan dan menikmati segala kenikmatannya. Lalu aku berkata kepada diriku sendiri : “Wahai diriku ! Apa sesungguhnya yang engkau angan-angankan saat ini ??”.

Ia menjawab : “Aku mengangankan untuk dikembalikan ke dunia agar aku dapat menambah amal-amal yang menyebabkan aku mendapatkan semua nikmat ini.”

”Lalu aku membayangkan diriku di dalam neraka. Dibakar dengan apinya yang menyala-nyala. Dipaksa untuk meminum air hamim-nya yang dipenuhi darah dan nanah. Dan memakan buah zaqqum-nya yang menjijikkan.”

Maka aku berkata pada diriku sendiri : “Apakah yang engkau inginkan saat ini ??”

Ia menjawab : “Aku ingin dikembalikan ke dunia lagi agar aku dapat mengerjakan amalan yang dapat menyelamatkan aku dari siksaan yang mengerikan ini.”
(Setelah membayangkan itu semua), akupun berkata pada diriku sendiri :

“Wahai diriku ! Engkau telah mendapatkan angan-anganmu itu. (Kini engkau masih berada di dunia), maka segeralah beramal !”.

Sahabat fillah yg dikasihi Allah
Sedarilah bahawa masa hidup kita sungguh terbatas.
Nafas kita hanya berbilang.
Setiap tarikan dan hembusan nafas...
Tak lebih dari sebuah petanda...
Bahawa usia kita di dunia telah berkurang.

Sungguh sangat singkat usia duniawi kita ini.
Kerananya...
Setiap potongan bahkan setiap bahagian terkecilnya
adalah permata yang tak ternilai dan tiada bandingnya.

Ingatlah...
Bahawa dengan kehidupan yang singkat ini...
Akan terjadi sebuah kehidupan yang abadi,
Abadi dalam kenikmatan
Atau abadi dalam azab yang penuh pedih-perih.

Bila kita cuba membandingkan
Kehidupan dunia ini dengan kehidupan akhirat,
Akan sedarlah kita...
Bahawa setiap nafas itu berbanding lebih besar
daripada beribu-ribu tahun di akhirat,
Entah itu dalam kenikmatan yang tak berbatas atau sebaliknya.

Kerananya jangan sia-siakan permata umurmu...
Tanpa melakukan suatu amalan kebaikan.
Jangan engkau biarkan ia pergi...
Tanpa mendapatkan balasan yang setimpal.
Untuk menaikkan darjatmu di syurga
Atau menjauhkanmu dari siksa neraka.

Bersungguh-sungguhlah...
Agar setiap tarikan nafasmu tak pernah kosong...
Dari kesolehan dan taqarrub padaNya.

Sebab jika engkau kehilangan sebutir permata duniamu,
Betapa sedihnya hatimu…
Apalagi jika yang hilang adalah permata akhiratmu ?
Bagaimana mungkin engkau sanggup menyia-nyiakan,
Dan membuang detik-detikmu begitu saja ?
Bagaimana mungkin engkau ‘tenang-tenang’ saja,
Padahal semakin banyak jejak-jejak usiamu di dunia ini yang terhapus ?

Bayangkanlah jeritan penyesalan para penghuni neraka itu.
Air mata darah sekalipun tak brguna untuk kembali ke dunia.

Sahabat fillah yg dikasihi  Allah
Kini, aku dan kau masih di sini.
Ye, masih di dunia fana ini.
Tempat kita menyemai tanaman akhirat.
Maka marilah kita segera bertaubat dan beramal!

Saturday, February 19, 2011

aku menangis keranaMu

Assalamualaikum wbt

Oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh 

PERNAHKAH anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
· Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
· Menangis kerana rasa takut.
· Menangis kerana cinta.
· Menangis kerana gembira.
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah.
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.
Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
· Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
· Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
· Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :
· Apabila dahinya berpeluh.
· Air matanya berlinang.
· Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.


Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.



p/s: mode: sedih..Allahu Allah,tenangkan hatiku!

Thursday, February 17, 2011

15 pintu syaitan dlm diri kita

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW,KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT

Assalamualaikum wbt


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita


  •   pintu marah
  •   cinta dunia
  •   kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  •   panjang angan-angan
  •   rakus
  •   bakhil
  •   suka pada pujian
  •   riak
  •   ujub (merasa kagum)
  •   takut dan gelisah
  •   buruk sangka
  •   memandang rendah pada orang lain
  •   merasa suka pada dosa
  •   merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
  •   putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan



  •   Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
  •   Banyakkan berzikir
  •   Banyakan Beristigfar
  •   Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
  •   Jangan tidur berseorangan
  •   Baca doa pagi dan petang
  •   Bersugi
  •   Melaksanakan solat jemaah
  •   Berwudhuk sebelum tidur
  •   menutup aurat
  •   Membaca doa masuk tandas.
  •   Banyak berselawat pada hati
  •   Bertaubat, beristighfar
  •   Banyakan baca Al-Quran
  •   Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan


  •   Rumah yang bersih
  •   Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
  •   Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
  •   Penghuninya jujur dan memenuhi janji
  •   Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
  •   halal)
  •   Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
  •   Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa



tak kenal maka tak benci!





Wednesday, February 16, 2011

hamba yg lemah

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW,KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT


ASSALAMUALAIKUM WBT

aku manusia..

seringkali aku alpa..seringkali kekeliruan melanda..

adakalanya ku kuat melewati hari2 yg mndatang..

namun adakalanya ku rasa sgt lemah tidak brdaya..
dlm mneruskan lngkah..kadangkala kaki ku trsadung lantas ku trsungkur..

dan terdetik di hati..mmpukah driku bgn kmbali atau biar saja ku tewas dan mnyerah kalah..

ujian yg mndatang bagaikan mncurah2..

kdg2 sakit yg mendatang..kdg2 teman pula tak sehaluan..dan kdg2 kcemerlangn gagal kucapai..

semakin ku lewati jalan ini,semakin ku rasai kelemahan dri..

adakalanya kurasa semakin jauh dariMu..

mungkinkah semuanya brlaku kerana dosa2 yg ku lakukan..?

zina mata dgn mmndg prkara yg haram..zina hati dgn mrindui yg bukan2..zina lidah dgn brkata yg sia2..zina telinga dgn mndengar prkara yg tak spatutnya...

masyaallah.tidak terhitung banyaknya..

Ya Allah,,,ampuni dosaku..

aku insan yang lemah,yang teramat lemah

aku hamba yang kerdil lagi hina..

aku lalai dgn dunia semata2..ku lupa akhirat sana yg kekal abadi..

Ya Allah,,,ampuni dosaku..

aku malu dgn diri yang kotor ini..

aku ingin mencari keredhaanMu

aku hanyalah hamba yg mndambakan hidayahMu..

Niatku...Ingin ku buang perasaan keliru ini sekalipun aku tak mampu kerana aku manusia.

Ingin ku buang cinta dunia ini sekalipun aku tak mampu kerana aku manusia ….

Tapi dijalan ini aku sering munajat agar ku trus berusaha meraih redhaNya..

Ya..kan ku brusaha untuk raih cintaNya dan kan kukuhkan langkahku di jalan ini..jalan tarbiyah.jalan dakwah!

demi meraih syurgaMu yg kekal abadi...

Allahu Allah..perkenankanlah!









Monday, February 14, 2011

Qudwah Hasanah

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW.KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM WBT


Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 


'Belum ada sarapan ya Khumaira?' 
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 
'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' 
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 
'Mengapa engkau memukul isterimu?' 
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' 
sahut Nabi s. a. w.  
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada  anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''
Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
 Lalu baginda menjawab dengan lembut, 

'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 
'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' 
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela



 p/s: Ummati,,ummati,,itulah ekspresi terakhir Rasululllah saw ktika diakhir hayatnya yg mggambarkn betapa cintanya kpd ummatnya,yg trkadang dia mnangis sndiri ktika mngingat ummatnya yg akn brpecah belah,ummatnya yg akn berselisih paham, saling mnyalahkan dan bahkan trjadi pertumpahn darah.
"Kutahu cintamu kepada umat, kutahu bimbangnya kau tentang kami..Syafaatkan kami..Alangkah indahnya hidup ini..Andai dapat kutatap wajahmu..Kan pasti mengalir air mataku..kerana pancaran ketenanganmu..Ya Rasulullah Ya Habiballah..Terimalah kami sebagai umatmu,,,Ya Rasulullah Ya Habiballah..Kurniakanlah syafaatmu..."

Sunday, February 13, 2011

azab yg pedih

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW,KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT


Assalamualaikum wbt


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.

Baginda menjawab, 
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." 
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar
dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan
kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"
kata Nabi.



Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain
bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa solat tapi
tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.


Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan!


p/s: sebagai peringatan bersama.ingatlah seruan nabi Muhammad saw,"Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat !" ( Riwayat al-Bukhari )



Tuesday, February 8, 2011

Bunga Idaman Islam

SELAWAT DAN SALAM KE ATS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW,KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT

assalamualaikum wbt




Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

"Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!"


~Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

notakaki:dpetik dr laman iluvislam sbg pringatan brsama =)

Sunday, February 6, 2011

andainya...

SELAWAT DAN SALAM KE ATS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW,KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT

Assalamualaikum

There is a story about a young boy, we can call him as "Soleh boy". Everyday he solah jamaah at mosque, everything that out from he lips, its all about islamic moral values, hadith, he always talk about the nice thing.
This young boy like to smile to the strangers. His attitude at kulliah, respect the classmate, lectures and so on.

This young boy have said to me:
Today may be i easily solah 5 times a day at mosque,
today may be i easily do sunnah activities,
today may be i easily to wake up at 5.00 am prepare for the subuh solah,
today may be i easily smile to strangers,
today may be you look at me as "nice & soleh" person.
But i cant even guarantee whether tommorow i gonna be the same person you look today.

Today Allah have give me the bless to do all my responsiblity toward islam, Alhamdulillah, but each day i pray to Allah, each of my sujud i pray - Allah please give me the bless to do the good thing for tommorow. No one know what will happen tommorow, because iman is something that temporary, Allah can take iman from anyone ,anytime he want. 


So how about us?

What will happen today if Allah take mylife because i forgot to sujud,
What will happen today if Allah close myheart from the light of goodness and iman because yesterday i forgot to remember Him?


ya Allah,tetapkan iman dihatiku

Jika harini kita mampu untuk solat jemaah dimasjid pada waktu subuh,berdoalah pada Allah supaya memilih kita untuk sujud padanya pada zuhur nanti,
Jika pada waktu solat zuhur kita dipilih Allah untuk sujud berjemaah dimasjid,berdoalah pada Allah supaya memilih kita untuk sujud padanya pada waktu asar nanti..

dan seterusnya,setiap waktu yg berlalu doakan setiap detik agar Allah memilih kita untuk melakukan kebaikan..



Setiap perkara kebaikan yang kita lakukan doakan agar Allah memilih kita untuk melakukan kebaikan yang seterusnya, kerana iman itu adalah rahmat, tanda belas kasihan Allah pada kita. dan Allah yang memilih siapakah yang menjadi pemilik IMANNYA..


notakaki: hasil copy and paste utk peringatan bersama :)