Solatlah dengan hati,
bukan hanya dengan kaki,
nescaya kau tidak merasai,
erti penat menghadap Illahi.
Berkata-katalah dengan hati,
bukan hanya melalui bibir,
ikhlas menyampai dari hati,
nescaya ada bezanya pasti.
Menulislah dengan hati,
bukan hanya tangan menaip,
pasti pembaca mampu hayati,
dari mata terus ke hati.
Mendengarlah dengan hati,
bukan hanya telinga disinggahi,
nescaya penyampai bukan kau perhati,
namun menghayati bait-bait isi.
Melihatlah dengan hati,
bukan hanya mata memerhati,
nescaya kau melihat keagungan Illahi,
di setiap darjah di setiap inci.
Semua yang bermula dari hati,
akan sampai semula ke dalam hati,
menerobos dinding yang menghalangi,
kunci ikhlas untuk Illahi.
#hasil karya:SaBaHaNmUsLiM
segala perkara dtang dr hati..
ReplyDeletepelihara hati pelihara la badan dari segla godaan..
"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)
ReplyDelete