Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Thursday, March 10, 2011

aku mahukan ITU dan aku juga mahukan kalian SEPERTI ITU!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat2

TINTA PENA.

Alhamdulillah diri ini masih dberi peluang oleh Allah utk terus brnafas di atas muka bumi ini dan kembali brjuang menerusi tinta pena.YA..inilah yg mampu dri lakukan dlm usaha utk terus menyusuri jalan daie.Bak kata pepatah,'PENA LEBIH TAJAM DARIPADA MATA PEDANG'..dari pena yang menari,tercetus warkah idea..lantas membuka mata mereka yang membaca.dgn pena ini..ku ingin terus membuka mata ummat!yang HAK TETAP HAK..dan yang BATIL TETAP BATIL!

JALAN DAIE.

Jalan ini mmerlukan kesabaran.Jalan ini memerlukan pengorbanan.Jalan ini juga adalah satu jalan yang panjang..
Jalan  ini tidak ditaburi bunga2 yang harum melainkan duri2 yang menyakitkan.Kerana sesungguhnya antara yang HAK dan BATIL ada pertentangan yang nyata!

SAHABAT2.

aku lakukan ini kerana kalian,kerana aku sayangkan kalian.kerana aku mahukan ITU dan aku juga mahukan kalian SEPERTI ITU.tahukah kalian,apakah yg aku mahukan?? aku mahu meneruskan rantai perjuangan Rasulullah saw.aku mahu teguh di jalanNya yg lurus.aku mahu menggapai keredhaanNya.salahkah aku?fahamkah kalian tentang keinginanku?atau berpura2 tidak memahami?ku mahu kalian bangkit dari lena yang panjang.lena dan leka dgn permainan dunia semata2.

DUNIA YANG FANA.

dunia yang hina.dunia yang tidak bererti.SUNGGUH.aku benci dgn segala hal tentangnya.kerana dunia,kalian
tenggelam dlm keseronokan.keseronokan yg hanyalah bersifat sementara.keseronokan yang bakal mghancurkan kalian.kerana dunia,zina menjadi perkara biasa,pembunuhan berleluasa,arak bermaharajalela,Islam hilang sinarnya dan Israel bertepuk tangan tanda gembira!Inikah yang kalian mahukan?
Ingatlah dunia itu penjara bagi orang mukmin..biarlah kita susah di dunia,asalkan kita senang di AKHIRAT.ayuh kalian,kita jadikan dunia sebagai tmpt prsinggahan dan pngumpulan bekalan utk AKHIRAT yg PASTI!Ingatlah firman Allah,
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS. Al-Hadid: 57)
AKHIRAT YANG PASTI.

Masih ingatkah kalian?Inilah kampung kita..di sinilah pengakhiran bagi satu perjalanan yang panjang..Nun di sana segalanya ditimbang lantas ditunaikan hak bagi orang2 yang mempunyai hak dan diambilkan bayaran bagi orang2 yg curang iaitu orang2 yg bergelumang dgn dosa,orang2 yg bergaul dgn syaitan dan orang2 yg mnjadi hamba kpd nafsu.Mahukah kita termasuk dlm golongan ini?Naudzubillah..Ingatlah,akhirat akn menjauhi kita andai kita menjauhinya tetapi ia akan mendekati kita andai kita terus ingat dan mendekatinya.
Jadi kumohon pd kalian,ayuh kita mmbuat prsediaan yg scukupnya dan yg TERBAIK utk pulang ke kampung akhirat.
"Dan, jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata, `Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman,' (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang mengharukan) ." (QS Al-An'am : 27)"
SOMBONG.

Sahabat2,tahukah kalian?aku menegur utk kebaikan kalian.aku menegur krn ku tahu kalian juga percaya dgn kata2ku.tetapi kalian EGO.kalian SOMBONG.kalian MENUTUP TELINGA.kalian tidak mahu menrima yang HAK..aku menegur bukan kerana ku ingin mendabik dada kerana ilmu yang aku ada.ssungguhnya ilmu kalian melebihi apa yg ada pd diri.aku menegur bukan kerana ku ingin mendapat nama.ssungguhnya itu yang amat ingin kuhindari.aku menegur krn ku ingin bersama2 kalian di syurga firdausi!tetapi saat ku menegur kalian,seringkali kalian menepisku ke tepi.kalian terus memulaukan aku.kalian meninggalkan aku keseorangan.ya,saat itu hanya airmata menjadi peneman diriku siang dan malam.apakah kesalahanku.?Besar sangatkah ia di mata kalian?


AIRMATA.

airmataku terus mengalir laju.entah kenapa aku amat terasa dgn kalian.hati bagai dicucuk sembilu pabila usahaku tidak mnunjukkan hasilnya.aku hampir brputus asa.aku hampir tunduk kpd kekalahan.aku hampir tewas kpd syaitan.ya,.syaitanlah makhluk yg paling GEMBIRA andai aku jatuh trjelepok krn brputus asa.hatiku sedih dgn prbuatan kalian tapi nampakkah kalian??sedarkah kalian?dan kejadian ini hampir memutuskan prsahabatan kita.aku mula mengasingkan dri dan kalian juga begitu.dan aku pasrah..


PERTOLONGAN ALLAH.

saat aku mnjauhkan dri drpd kalian,Allah menghantar sahabat2 sefikrah yg tidak putus2 mmberikan sokongan.mereka mmberikan kata2 semangat saat melihat driku seolah2 layang2 yg trptus talinya.melayang layang tanpa pergantungan.mereka trus mnyokongku dr belakang.air mataku mnitis lagi krn terharu dgn sikap mereka.memang tidak salah aku memilih jln ini.di saat begini baru kutahu,Allah memanggilku kepadaNya.Dia inginku meminta kpdNya.Dia inginku mendekatkan dri kpdNya.Dia inginku mletakkan pergantungan kpdNya.
Allahu Allah,ampuni dosaku..permudahkan urusanku!
kata2 drpd sahabat: Uhkti,la tahzan! innallaha ma'ana(jangan bersedih,sesugguhnya Allah bersam kita)
firman Allah: "Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (QS Al Anfal [8]: 46)

AKU TEKAD.

semangatku kembali pulih tatkala kuluahkan segalanya kepada Allah.malahan semangat yg luarbiasa memenuhi jiwa dan diriku.tahukah kalian?aku BERTEKAD!aku bertekad utk mmbawa kalian ke pangkal jalan.aku bertekad utk mmbawa prubahan pd kalian.aku bertekad utk trus mnggantungkan harapan pd kalian.
kerana aku kini bukan aku yang dulu lagi.aku kini adalah aku yang tidak ingin umat Islam terus dpermainkan,terus dijajah pemikiran,terus rosak ditelan zaman!aku kini adalah aku yg akan BANGKIT meneruskan prjuangan!

AKHIR KALAM.

ingatlah kalian,aku bukanlah manusia yang sempurna dlm melaksanakan amal Islami.aku ingin terus berubah dan ku ingin kalian juga begitu.aku hanya mngharapkan agr diriku dan kalian diberi hidayah dan taufiq.sesungguhnya hidupku hanya pd jalan ini.biar sukar dan dipenuhi duri,aku akn bertahan demi mncapai redha Ilahi.semoga Allah menghadiahi cinta dan prjuangan yg mampu membawa ke arah kegemilangan ummat.Allahumma Ameen.

4 comments:

  1. Ya aku juga mahu ke jalan benar. kadang-kadang aku memerlukan nasihat daripada kawan-kawan. dan aku bersyukur kerna ada kawan seperti mu kerna ingin menegurku. aku bertatih tuk membetulkan diriku. jangan anggap 'background' kita sama. kadang, aku kalah dengan keadaan. namun ia bukan penghalang bagiku tuk terus memohon kepada SANG PENCIPTA.

    ReplyDelete
  2. cahaya keberanian..March 10, 2011 at 9:42 PM

    sahabat..ak bersyukur punya teman seperti mu..
    blh kah kau mgajar ak erti pgorbanan n perjuanagn??
    kerana ak skrg smakin jauh dr smue itu..

    ReplyDelete
  3. @uya:
    Alhamdulillah andai ksedaran itu sudah ada.
    same2lah kte kejar keredhaan Allah =)andai dri terasa sgt lemah utk mlakukan prubahan,fikirkanlah prjuangan Rasulullah saw demi mmbawa ad deenul haq smpai kpd kita spt hari ini.betapa Rasulullah sygkan ummatnya sdgkn ummatnya xpernah mngamalkan ajaran yg dbawanya.sama2 kita mngamalkan ajran Islam yg sebenar dlm khidupan kita.jom kita kejar akhirat!moga drimu beroleh kkuatan sahabat =)

    @cahaya keberanian:
    masih blom trlambat sahabat!pintu taubat masih trbuka slgi belum brlakunya kiamat.gunakanlah ksmpatan yg masih ada utk kmbali ke pgkal jln.driku jua bukanlah seorg yg smpurna.aku juga prnah leka dgn mainan dnia.same2 kita mohon keampunan drpd Allah.sesungguhnya Dia Maha Pengasih lg Maha Penyayang =)

    ReplyDelete
  4. kuatkan semangatmu.perjuangan memerlukan pengorbanan.semuanya ujian drpd Allah.Allah takkan membebani sseorg melainkan sesuai dgn kemampuannya.

    ReplyDelete