Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, March 2, 2011

kisah cinta lagi dan lagi...

 SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW.KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT..

Assalamualaikum wbt
Pertemuan demi pertemuan..Sedar tidak sedar kini sudah berada di pertengahan semester.Pernahkah ditanya pada hati,apakah semester ini ada cinta yg segar mendatangi hati? Telahkah kita memahami hakikat dan makna cinta yang sebenarnya? Sekian lama kita hidup,apakah kita telah terokai perasaan halus seni,cantik dan indah yang Allah anugerahkan ini?Kalau ya,tahniah. Kita adalah jiwa-jiwa yang dplih Allah untuk merasai nikmat cinta,kasih dan sayang yang sebenar benarnya.Cinta yang akan membawa ke Syurga,tentunya.

Cinta yang benar ialah cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati.Cinta ini cinta suci,benar lagi murni.Cinta ini diletakkan oleh Allah ke dalam relung hati-hati kita,agar kita tahu dan reti untuk mencintai orang lain.Saudara seiman tentunya.Mencintai mereka sepenuh hati kerana Allah.Membawa mereka ke jalan Allah,dan sama sama menuju ke arah Syurganya.Perlakuan saling mencintai sesama mukmin inilah yang akan menyebabkan allah makin sayang dan cinta akan kita.Cinta dalam cinta.Subhanallah.Inilah yang dikatakan cinta yang datang dari Allah dan kembali juga kpd Allah.Cinta yang bersebab kerana Allah,dan diberi pun untuk mendapat keredhaan Allah.Cinta yang diajar Islam ini tiada batasannya.Tidak mengenal tua atau muda.Lelaki atu wanita.Miskin atau kaya.Kesemua antara kita layak utk dicintai dan mencintai.Cinta yang datang dari Allah juga mnyebabkan kita takut untuk melanggar perintah Nya, samaada kecil atau besar.Kisah Yusuf -Zulaikha menemukan iktibar tentang kisah sejati seorang hamba brtemu cinta Tuhannya.Lihatlah bagaimana Zulaikha,wanita penggoda itu akhirnya menjadi begitu hebat dalam pengabdian pada Tuhannya.Hanya kerana dia telah bertemu cinta sejatinya! Sudah merasai nikmat berdua-duaan dengan Tuhannya. Sudah teggelam masyuk dalam pesona cinta agungnya.

Apakah pernah kita renung dalam-dalam?Apakah cinta yang diberi dan diterima itu datangnya dari Dia,Pencipta Cinta atau sang nafsu si pemusnah cinta?Cinta yang diilham oleh nafsu berlaku bila hati kotor,sering melakukan dosa,dan tidak pula bertaubat.Sifat-sifat mazmumah yang tidak dikikis dalam hati akhirnya menjadikan nafsu sebagai Tuhan dalam diri.Kesannya kita akan terikut-ikut dengan dorongan hawa nafsu tadi,termasuklah dalam hal meletakkan pengertian dan ukuran cinta.Kita akan mencintai sseorang atau sesiapa sahaja mengikut selera hawa nafsu.Kecantikan,harta,pangkat dan sebagainya.Tidak hairanlah cinta sebegini akhirnya menjadikan kita makin jauh dari Allah,membawa kekecewaan,penceraian,kemusnahan diri,perzinaan dan sebagainya.Hanya kerana kita mencintai seseorang kerana selera nafsu dan kepentingan peribadi,dan apabila semuanya hilang,terkikislah nilai cinta.Makin hari makin layu dan akhirnya muncul pula perasaan benci.Naudzubillah..Ayuhlah sama-sama kita mencari cinta Ilahi.Cinta yang datangnya dari Allah dan kembali juga pada Allah!

No comments:

Post a Comment