Pages

AHLAN WASAHLAN.YOU'RE IN MY TERRITORY~

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, April 16, 2011

layakkah aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

“Aku ingin mencintaimu dalam diam seperti cintanya Ali pada Fatimah dan cintanya Fatimah kepada Ali”

Ungkapan diatas membuatkanku melayang menuju masa yang masih tertutup tabirnya. Ke mana cintaku akan ku labuhkan. ^_^

Aku ingin dicintai seperti Rasulullah mencintai Khadijah, aku ingin dicintai selayaknya Ali mencintai Fatimah. Cinta yang tak terbahagi.Terlampau tinggi kah angan2ku?

Tapi keinginan itu membuatkanku menatap diriku, apakah aku semulia Khadijah hingga Rasulullah amat kasihkannya. Apakah aku semulia Fatimah hingga Ali begitu setia padanya?

Tidak sama sekali, aku tidak semulia khadijah ataupun fatimah. Tapi inilah aku, hanyalah manusia yang hina yang tidak punyai apa2..ku hanya ingin mencari keredhaanNya..

Kadang2 diriku terfikir, layakkah aku hingga berani menginginkan cinta seperti Rasulullah SAW dan Saidina Ali?

Yang kutahu ku amat mencintaimu..Namun cintaku padamu tidak melebihi cintaku padaNya dan pada utusanNya yg mulia..

Ku hanya mampu berdoa.biarpun dirimu tidak mengetahuinya namun sudah cukup hanya Dia dan diriku mengetahuinya

Andaikata sememangya drimu yang bakal bersama2 denganku di syurga firdausi,aku sangat bersyukur kpd Allah.

Andaikata kau diciptakan bukan untukku,aku redha dgn ketentuanNya.

Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu dan yang terbaik buatku..“..barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)


Dan sesungguhnya hatiku dan hati mu dipegang olehNya.dan kuserahkan semua urusan ini padaNya Sang Pembolak – Balik hati ^_^

Semoga tabir ini segera terbuka..Allahumma Ameen


mujahid idaman =)

Monday, April 11, 2011

tak tahu memasak?ish3

Bismillahirrahmanirrahim
 Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


 sumber:www.iluvislam.com

Friday, April 1, 2011

my abah my hero =)

Bismillahirrahmanirrahim

hari ni hari lahir abah.xsmpat nak wish pun lagi.
rindunya dekat abah..skang ni abah sakit kaki.
moga Allah sembuhkan sakit abah.kalu post kat cni pun bukannya abah bace pun.huhuhu..
tapi takpela sekadar kepuasan diri =) 
ssungguhnya jasa abah banyak tak ternilai..
dlm usaha mendidik anak2 dr kecik sampailaa da besar dah sume..
teringat dulu,mase kecik2 abah sangatla garang dan tegas.
kne marah cket je,ke toilet la jawapannya..
tapi sekarang abah dah tak macam tu.abah sgt penyayang..
bile dah besar ni,abah banyak brtolak ansur ngan anak2 =) 
dulu masa kecik2 selalu tak paham knape abah selalu takde kat umah..rupa2nya abah keluar jln Allah =) sekarang kami semua dah paham..bangga dapat jd anak abah.alhamdulillah..
sebab abah jugaklaa,sy adalah sy sekarang.semoga abg and adik2 yg laki dpt turut jejak lngkah abah..
sempena hari kelahiran abah,anak abah ni doakan yg terbaik bwt abah.
semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik bwt abah..
semoga Allah murahkan rezeki abah.
semoga abah bahagia dunia dan akhirat..
Insyaallah,sy akan berusaha jd anak yg baik bwt abah.
SELAMAT HARI LAHIR ABAH! BARAKALLAHUFIK!



Monday, March 28, 2011

FINAL~

Bismillahirrahmanirrahim

sebenarnya banyak benda nak tulis kat sini..tapi rasanya next time laa kot..
utamakan yang lebih utama~
lagi dua hari nak hadapi final exam..
ma'attaufiq wannajah buat sahabat2 seprjuangan!
ayuh kita berusaha bersungguh2..dan setelah itu bertawakal kpd Allah
dlm sibuk mentelaah pelajaran..jgn dilupa tggungjawab kpd Allah..
keberkatan itu penting..
semoga kejayaan MILIK BERSAMA =) 

  

Thursday, March 24, 2011

jangan bagi dia potong!

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga baginda serta para sahabat.
Bismillahirrahmanirrahim

Regarding tajuk kat atas, agak2 anda semua tahu tak apa kebendo yg nak potong saya??
sebenarnya ada satu benda nie.asyik nak main potong memotong,kejar mngejar.
kadang2 mnjadikan sy ketensionan dan kelesuan.
cuba tekaa ??sy pasti anda dah tahu bukan?
 itulah MASA...
pernah dengar tak pepatah masa itu emas?
kenapa agaknya dipanggil emas?mestila sbb masa tu SANGAT BERHARGA.kan?kan?


 Beberapa hari lagi kami bakal mnduduki final exam.
lepas tu cuti 5 bulan,and lepas tu bru masuk sem2
WAHH.sangat BEST =)
tapi apelaa nak buat kat rumah nnti.emm..
takpe2.akan dfikirkan kemudian..

sebenarnya,topik sebenar pasal masa..
sahabat2 perasan tak masa berlalu sgt pantas.
pejam celik pejam celik dah nak abes sem1..
pejam celik pejam celik dah jadi remaja.hoho
pejam celik pejam celik,dah masuk alam dewasa..
pejam celik pejam celik dah bekerja and berumahtangga
pejam celik pejam celik kita dah jadi glongan berusia
dan lepas tu,pejam tak celik2 dah.


BERSEDIAKAH anda utk itu???
tepuk dada tanyalah iman.
masa berlalu begitu pantas hingga sy rasakan khidupan kita sudah hampir ke penghujungnya..
debaran kian terasa, ketakutan mula menjalar pabila terfikir bhwa khidupn ni sudah tiba ke titik noktah.
dapatkah kalian rase ape yg sy rasekan.
Allahurabbi.. takut dan gelisahnya diri ini!

Apakah sudah cukup amalanku??
apakah sudah tertebus dosa dosaku yg bgitu banyak?
apakah layak ku mnjadi penghuni syurgaMu?
apakah ku mmpu mnahan malu saat segala kburukanku dipamerkan di pdg mahsyar kelak?
apakah ku sanggup menahan seksaan azab api nerakaMu?
naudzubillahi min zalik..


Renungi hadis ini sahabat2 fillah,
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".(Riwayat Tirmizi)

ingatlah sahabat2ku,
Brmulanya tahun baru brmakna semakin tualah usia dunia 
dan semakin hampirlah saat ketibaan hari kiamat. 
Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sbagai tanda brmulanya akhir zaman, 
kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan kita
yg memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut! 
sedarkah kita?

lihatlah manusia hari ini....
betapa seronok hidup mereka dlimpahi kesenangan yg melimpah ruah,
dipenuhi hiburan semata mata
jenayah,pmbunuhan,peperangan berleluasa..
hinggakan lupa apa tjuan asal di muka bumi ini.
Allahu Allah..
ampuni dosa2 kami..kami lalai dan alpa.

ayuh kita hargai masa..
gunakanlah ia utk mmpersiapkan diri untuk HARI YG PASTI TIBA!
hayati sabda Rasulullah SAW,
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah". (riwayat Al-Hakim).
wallahu'alam 

 

 



Saturday, March 19, 2011

kerja amal =)

Bismillahirrahmanirrahim

"All praise to Allah, who make us alive; after a death; and we have to return to Him."

sekadar hebahan, mungkin panggilan hidayah untuk kalian..
minta hati yang pemurah lillahi hulurkan sumbangan..
bantu kami untuk bantu mereka,
dirikan rumah yang suci, rumah Pencipta

Di Malaysia mungkin tiada masalah..
Masjid bagaikan cendawan selepas hujan..
Hanya menanti makmum mengisi kekosongan..
Penuh pengisian agama dari ustaz dan ulamak..

Di sini, Volgograd saya maksudkan, negara dulunya berkefahaman komunis,
Susah lagi payah, masjid hanyalah dua,
Mereka perlukan bimbingan, masjidlah tempat tumpuan,
Bantulah kami untuk bantu mereka, saudara seakidah..

post ni diambil dr seorg sahabat.mohon kerjasama kpd sahabat2 di luar sana utk sama2 membantu.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
- Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.


utk maklumat lanjut sila klik di sini 


Friday, March 18, 2011

parasit hati

Bismillahirrahmanirrahim

Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu.

Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat... tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!

Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati... anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.

Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?

Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana.

Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.

Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya "parasit" pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah.

Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.

Aku menulis ini justeru ada pertanyaan. Aku enggan menulis tentang watak "hitam" dalam kelompok manusia seperti dia. Aku pun bukan "malaikat" yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang secebis, anda, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan.

Jika tidak setuju, dia senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kita lain bicaranya. Jadi, jangan ada apa-apa hubungan dengannya... biarkan dia berlalu sebagai "tanda jalan" dalam musafir hidup mu!

Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu... pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman.Jangan melulu oleh kemarahan.

Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.

Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang... tetapi sekadar "melembutkan" pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis?

Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!

Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda... kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.

Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu.

Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati... yang berasal daripada hati mu sendiri!

Ya, sekali lagi... pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:
1.    Solat berjemaah.
2.    Sentiasa berzikir.
3.    Berdamping dengan Al Quran.
4.    Melazimi taubat dan berselawat.
5.    Sering bersedekah.


parasit hati memakan diri